PUTRAJAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mencari penyelesaian yang sesuai untuk mengukuhkan kembali nilai ringgit yang kini melemah, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan (gambar).Beliau berkata trend mata wang tempatan yang semakin melemah dijangka berterusan sekiranya permintaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan had siling hutang negara itu belum diluluskan.“Kita serahkan kepada kebijaksanaan pihak Bank Negara dan saya yakin mereka mempunyai penyelesaian kerana lebih pakar dan arif dalam hal itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan (SIS) di Kementerian Kewangan…
Read More